Tahniah BN.... Janji-Janji BN kepada seluruh rakyat Malaysia.. PR teruskan perjuanganmu :)
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia..
PRU13 sudah selesai,
Barisan Nasional (BN) sekian kalinya diberi mandat untuk mentadbir negara. TAHNIAH diucapkan! Kami dengan ini mengharapkan segala yang telah dijanji akan ditepati dan dikota. Jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat yang telah memilih kamu (BN). Semoga segala rintihan dan masalah rakyat akan didengari dan dapat diselesaikan...
● BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
● Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
● Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
● Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
● 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
● Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
● Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
● Membina Lebuh raya Pan Borneo.
● Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
● Sekolah satu sesi diperluaskan.
● Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
● Transformasi sekolah vokasional.
● 4,000 anggota Polis setiap tahun.
● Penggunaan SafeCam.
● Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.
______________________________
1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10.Memperkasa Penyertaan Wanita
11.Memenuhi Aspirasi Belia
12.Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13.Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama
14.Memerangi Gejala Rasuah
15.Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16.Gerakan Kesederhanaan Global
17.Memulihara Sumber Semula Jadi
P/S: Kepada penyokong PR dan pemimpin PR teruskan perjuanaganmu.. Perjuangan masih jauh lagi... Jikalau PR benar-benar berpegang kepada Islam.. InsyaAllah suatu hari nanti Islam pasti akan bangkit dan berpihak pada islam..
Saya ada 2 ekor kucing... yang seekor manja dan tau bila kita panggil dan yang lagi satu tu pula, garang sket dan lambat datang bila saya panggil. Agak2nya la, kalau saya nk bagi makan nanti, kucing yang mana yang akan saya bagi makan dulu ye.... hmmm... citer kucing la palk... :p
ReplyDeleteHaha.. Mestilah kucing yang manja..
Delete