Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

fizgraphicdotcom ada membuat pencarian blog list pada bulan april nih.. sebenarnya aku teringin sangat nak masuk dalam blog list fizgraphic. Sebelum tercipta blog berbayar aku nih, aku telah mendapat idea melalui blog beliau. sebelum nih aku guna yang percuma punyer .. blog aku pom macam blog beliau jugak menyediakan servis graphic design.. tapi aku lebih target untuk customer antarabangsa.. Blog aku bercampur dengan bahasa melayu dan juga bahasa inggeris.

Untuk menyertai pencarian bloglist fizgraphic.com ada beberapa syarat dikenakan walaupun aku malas nak menulis entry nih. Nih adalah jawapan untuk syarat beliau yang kenakan..

sebenarnya kekuatan blog aku nak jamin pom tak boleh sebab baru jer sebulan aku buat blog berbayar nih.. tapi aku tengok alexa rank memang cepat menurun dari 11juta tak sampai sebulan turun kepada 1 juta. page view dah 5000 lebih mungkin dalam 500 ratus tuh page view dari aku sendiri.. Tapi blog aku nih ada kekuatan jugalah sebab pelawat dari blog aku datang dari luar negara dan juga dalam negara..

mengenai kekerapan update aku tak boleh jamin jugalah.. blog aku nih bukan blog berita semasa boleh update setiap saat, minit, jam.. tapi blog aku blog hanya menyediakan servis dan juga tutorial..


Written by

Comments
1 Comments

1 comment :

  1. dari segmen yang sama . :)

    http://www.cikfie.com/2013/03/pencarian-bloglist-fizgraphic-bulan.html

    ReplyDelete

feature content slider